close
Banner iklan disini
Selamat Datang di aura insani..::..Semua amalan di web/blog ini adalah gratis, silahkan diamalkan, share, copy paste..::..Semoga Bermanfaat...::...mohon maaf apabila ada kesalahan atau kekurangan..::....:::...

Doa Pelembut Hati

Doa pelembut hati ini boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati (melawan dan tidak menurut kata) termasuk diri sendiri, anak-anak atau sesiapa sahaja.

CARA-CARA :

• Untuk diri sendiri ; letak tangan kanan di atas dada iaitu di atas bahagian hati dan baca doa di bawah.

• Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis nafas dan lepaskanlah nafas.

*Untuk orang lain ; ketika membaca doa letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang nak didoakan tersebut.

*Atau dibacakan pada air untuk diberi minum kepada orang yang nak dilembutkan hati tersebut.

*Tambahan ;

Untuk lembutkan hati anak-anak, boleh air ini dibuat untuk memasak nasi atau dimasukkan dalam bahan masakan ibu ;


1. Baca surah Al-Fatihah ( Bismillah …)

2. Baca ayat 21 hingga 24 Surah Al-Hashr :-

( لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ .......... وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْم )

3. Baca ayat 1 hingga 5 Surah Tohaa :-

( طَه , مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآن ......عَلَى الْعَرشِ اسْتَوَى )

4. Doa pelembut hati :

" اَللّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قََََلْبَهُ كَمَا لَيَّنْتَ لِدَاوُدَ الْحَدِيْدَ "

Maksudnya;

" Ya Allah lembutkanlah bagiku hatinya sebagaimana kamu telah melembutkan besi bagi Nabi Daud Alaihissalam "


Yang penting ikhlaskan hati kita dan perbanyakkan doa dalam solat terutama semasa waktu sujud.
Previous
Next Post »
Comments
0 Comments
Loading...